Dewan Ulama PAS menyuarakan cadangan agar kerajaan mengetatkan lagi syarat untuk seseorang individu layak dipilih sebagai calon pilihan raya.
Ketuanya Ahmad Yahya berkata cadangan tambahan itu wajar diketengahkan berdasarkan keadaan semasa.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucap utama sempena Muktamar Dewan Ulama PAS kali ke-61 di Guar Chempedak, Kedah, hari ini.
Sumber video: https://www.facebook.com/paspusat/videos/1668788233514447