Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Yunos mencadangkan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding jawatan presiden Umno pada pemilihan parti 30 Jun ini.
Dalam satu video yang tular di media sosial semalam, Jamal yang masih dalam persembunyian, berkata beliau mahu Anwar pulang ke parti lamanya dan merebut jawatan nombor 1 parti itu.
Malah, Jamal turut mengesahkan hasrat untuk bertanding jawatan ketua Pemuda.
Jamal bertekad mahu membantu parti membangunkan kembali semangat Pemuda supaya sayap itu menjadi bermaruah dan terus dihormati.
Jamal berkata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi wajar bertanding jawatan timbalan presiden.
Bagi jawatan naib presiden pula terdiri daripda Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Tidak dapat disahkan bila rakaman video itu dilakukan, namun ia menjadi viral di media sosial.