Polis Johor tumpaskan geng samun bank warga Indonesia

KiniTV 2020-10-26

Views 865

Polis Johor telah menahan empat warga Indonesia termasuk seorang wanita dipercayai ahli geng samun bank dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Melayu Majidee, Khamis lalu.

Ketua Polis Johor, Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kesemua mereka ditahan kerana menyamun dan mencederakan seorang ahli perniagaan warga China dengan melarikan wang RM242,000 selepas keluar dari bank di Taman Nusa Bestari.

Share This Video


Download

  
Report form