Korperal polis samun wanita China di Ampang ditahan

KiniTV 2020-08-25

Views 3

Koperal polis ditahan selepas dipercayai terbabit dalam kejadian samun seorang wanita warga China di Jalan Perdana 3/10 Pandan Perdana, Ampang, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Superintendan Mohd Azam Ismail berkata, ketika kejadian, mangsa yang juga jurujual berusia 29 tahun sedang minum bersama rakannya di sebuah kedai makan berhampiran lokasi kira-kira 7 malam.

Mangsa kemudian dihampiri tiga lelaki disyaki warga tempatan memperkenalkan diri sebagai polis sebelum mereka memegang kedua-dua tangan wanita itu dan menariknya ke kawasan letak kereta.

Jeritan wanita terbabit meminta tolong didengari orang awam yang berada di lokasi yang kemudian memberikannya bantuan.

Mohd Azam berkata, seorang lelaki berusia 46 tahun yang juga koperal polis ditahan orang awam di lokasi terbabit, manakala dua lagi rakannya melarikan diri.

Kata Mohd Azam lagi, semakan mendapati suspek berkenaan adalah anggota polis berpangkat koperal, namun dia dalam status ditahan kerja.

Menurutnya, suspek direman bermula hari ini sehingga 30 Ogos ini.

Share This Video


Download

  
Report form