Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini memantau jika ada kes atau kluster baru susulan perhimpunan di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, ketika penghakiman kes SRC International terhadap bekas perdana menteri Najib Razak.
Ketika sesi soal jawab bersama media hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menyuarakan kekecewaannya kerana para peserta himpunan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti penjarakan sosial.
Noor Hisham mengingatkan sebarang tanda untuk kluster yang baru akan dapat dilihat dalam masa dua minggu, iaitu tempoh inkubasi virus Covid-19.