Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini meminta dibicarakan berhubung dua tuduhan bersubahat dalam pengubahan wang haram berjumlah RM100,000.
Ahli Parlimen Muar itu meminta dibicarakan ketika kedua-dua pertuduhan dibacakan kepadanya di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pagi ini.