Menteri Kewangan Lim Guan Eng menyuarakan harapannya bahawa keputusan mengenai projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan dimuktamadkan tidak lama lagi selepas kerajaan China menawarkan pengurangan kos projek berkenaan.Beliau berkata demikian selepas melancarkan Dana Transformasi Pendigitalan Industri hari ini.Projek ECRL menelan belanja yang besar, sebanyak RM55 bilion, dan perdana menteri sebelum ini mengumumkan projek itu boleh dijalankan pada kos RM35 bilion.