Lebih setahun berlalu sejak cadangan untuk nyah warta 931 hektar hutan gambut di Hutan Simpan Utara Kuala Langat.
Dalam temu bual dengan Malaysiakini, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata perbincangan berterusan mungkin memerlukan masa sekurang-kurangnya sebulan lagi.
Namun, dia meyakinkan bahawa keputusan kerajaan negeri akan mempertimbangkan lebih 40,000 bantahan terhadap rencana tersebut.