489 lagi ditahan semalam kerana ingkar PKP

KiniTV 2020-04-28

Views 442

Seramai 489 individu ditahan semalam berbanding 606 tahanan pada hari sebelumnya atas kesalahan ingkar terhadap perintah kawalan pergerakan (PKP).

Menurut Menteri Kanan, Ismail Sabri Yaakob, dari jumlah itu 465 telah direman manakala 24 orang individu diberikan jaminan polis.

Jumlah kumulatif tangkapan sepanjang PKP adalah sebanyak 21,106.

Share This Video


Download

  
Report form