Seramai 683 individu ditahan semalam berbanding 643 tahanan pada hari sebelumnya atas kesalahan ingkar terhadap perintah kawalan pergerakan (PKP).
Menurut Menteri Kanan, Ismail Sabri Yaakob, dari jumlah itu 598 telah direman manakala 85 orang individu diberikan jaminan polis.
879 individu telah didakwa di mahkamah.
Jumlah kumulatif tangkapan sepanjang PKP adalah sebanyak 22,432.