Seramai 524 individu lagi ditahan semalam dalam operasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Tahap 2 yang sedang dijalankan.
Jumlah itu merupakan penurunan sebanyak 6.8 peratus daripada kelmarin yang membabitkan 562 penahanan.
Seramai 483 individu juga telah dihadapkan ke mahkamah bagi kesalahan-kesalahan sepanjang tempoh PKP.