Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata setakat ini sebanyak lebih 1000 jururawat yang telah bersara telah tampil secara sukarela bagi membantu pasukan perubatan merawat pesakit Covid-19 di hospital.
Katanya juga sebanyak 65 pakar hospital juga telah tampil secara sukarela bagi membantu memerangi wabak Covid-19.
Beliau berkata demikian dalam sidang media harian KKM di Putrajaya, hari ini.