Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata pasukan perubatan dari negara China akan datang ke Malaysia dalam masa dua minggu lagi.
Katanya, lawatan mereka adalah untuk berkongsi pengalaman mereka mengendalikan kes COVID-19 di negara mereka yang boleh dipraktikkan di Malaysia.
Dr Noor Hisham berkata demikian ketika sidang media di Putrajaya, hari ini.