Lebih 1,000 doktor, jururawat bersara sudah kembali berkhidmat

KiniTV 2020-03-26

Views 613

Lebih 1,000 doktor dan jururawat bersara telah kembali berkhidmat di negara ini, bekerja di barisan hadapan untuk menangani kes Covid-19 di hospital kerajaan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau turut memberitahu pemberita bahawa seramai 3500 jururawat dan pembantu perubatan sedang menjalani kursus post-basic.

2400 orang daripadanya merupakan jururawat terlatih.

Para sukarelawan telah memulakan tugas mereka sejak awal minggu ini dan jumlah mereka dijangka meningkat setiap hari.

Share This Video


Download

  
Report form