Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mengakui Umno ada membuat kesilapan, namun Pakatan Harapan (PH) lebih banyak membuat kesilapan berbanding Umno.
Beliau berkata demikian ketika memberi ceramah di Kimanis, Sabah.
Katanya memang menjadi keutamaan orang Islam untuk memilih calon Islam. Tetapi apabila kesemua calon adalah Islam maka harus memilih calon dari parti yang kurang membuat silap.
"Kita memilih yang paling kurang bahaya kepada orang Islam.
"Kita tahu Umno ada salah dia, tapi Pakatan Harapan ada lebih silap lagi.
"Jadi jangan salah pilih, jangan salah mengundi," katanya.
Pilihan raya kecil itu diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya membatalkan keputusan pilihan raya umum lalu di kerusi parlimen berkenaan atas alasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mematuhi prosedur pilihan raya.
Calon Umno, Anifah Aman memenangi PRU berkenaan dengan majoriti tipis 156 undi.
Umno diwakili oleh Mohamad Alamin, yang bertanding di bawah tiket BN, manakala Karim Bujang mewakili Warisan.