'DAP silap memikirkan Hadi pegang pada janji'

KiniTV 2015-08-06

Views 3

DAP mendedahkan minit mesyuarat Pakatan Rakyat yang menunjukkan presiden PAS telah berjanji untuk merujuk gabungan pembangkang sebelum membentangkan rang undang-undang persendirian hudud.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh ketua pembangkanng Datuk Seri Anwar Ibrahim, dua hari sebelum beliau dijatuhkan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat.

Selepas mendedahkan minit mesyuarat itu, setiausaha organisasi DAP Anthony Loke berkata DAP tersilap kerana memikirkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai seorang pemimpin yang boleh memegang janji tetapi kini jelas dia tidak berpegang pada janji.

Share This Video


Download

  
Report form