'Silap pilih alamat' - Khairy ulas janji temu vaksin di negeri berbeza

KiniTV 2021-05-31

Views 470

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin berkata, pihak berkuasa telah menyiasat berkenaan sejumlah pendaftar vaksin yang menerima tempat vaksinasi di negeri berbeza dalam aplikasi MySejahtera.

Khairy berkata, ia berlaku kerana masalah berkaitan API Google Maps.

Menurutnya, apabila orang memasukkan kawasan tempat tinggal mereka, Google Maps akan menyenaraikan semua lokasi dengan nama sama dan sesetengah pengguna mungkin memilih alamat pertama dalam senarai, walaupun ia adalah alamat yang salah.

Laporan lanjut: https://www.malaysiakini.com/news/576885

Share This Video


Download

  
Report form