Ganjaran RM30,000 untuk maklumat pembunuh anak gajah pygmy

KiniTV 2019-10-01

Views 1.3K

Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah akan menawarkan ganjaran sebanyak RM30,000 kepada pemberi maklumat kes pembunuhan seekor gajah jantan di Sungai Udin, Kalabakan, Tawau, baru-baru ini.

Pengarahnya, Augustine Tuuga berkata, gajah jenis Pygmy Borneo berusia antara 20 atau 30 tahun itu ditemukan mati dengan keadaan bangkainya mempunyai 70 bekas luka dipercayai kesan tembakan peluru.

Pada Khamis lepas, sekumpulan pemancing menemukan bangkai gajah pygmy di Sungai Udin, Dumpas di Kalabakan, dekat Tawau, dan dipercayai mati antara tiga hingga empat hari.

Gajah betina dianggarkan berusia antara 11 hingga 12 tahun dengan ketinggian 1.8 meter itu ditemui dalam keadaan terduduk berhampiran tebing sungai dan pemeriksaan awal pasukan JHL mengesan luka di bahagian pipi, kepala, badan dan punggung gajah berkenaan, akibat tembakan senjata api.

Share This Video


Download

  
Report form