Lagi suara melawan arus daripada Johor, kali ini daripada anak Menteri Besar Datuk Seri Khaled Nordin, Akmal Saufi.
Akmal Saufi, yang juga Pengarah Surarelawan Pemuda BN (BNYV) membangkitkan pelbagai persoalan berkaitan derma RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan dalam akaun peribadinya.
Tulisnya, bolehkah seorang menteri atau timbalan perdana menteri atau perdana menteri menerima derma apabila sedang memang jawatan di dalam kerajaan?