Sekumpulan NGO yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia' menawarkan ganjaran RM500 buat mana-mana individu yang berjaya menampar wajah Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim.
Tawaran itu dibuat oleh aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Mustafa Hamzah dengan syarat individu berkenaan merakamkan kejadian itu.