APMM tahan 2 kapal korek pasir tidak sah

KiniTV 2019-04-18

Views 2

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Melaka dan Negeri Sembilan menahan dua kapal yang digunakan untuk mengorek dan memindah pasir secara tidak sah pada kedudukan kira-kira lima batu nautika barat daya Tanjung Keling di sini, semalam.

Pengarah APMM Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Amran Daud berkata kapal JBB 8 dan CT 8 itu ditahan kira-kira 12 tengah hari ketika pihaknya sedang melaksanakan rutin operasi harian dan hasil maklumat risikan berkenaan aktiviti pengorekan dan pemindahan pasir laut yang mencurigakan.

"Penahanan itu dilakukan setelah mereka gagal menunjukkan dokumen pengorekan pasir yang lengkap dan empat kru kedua-dua kapal berkenaan diserahkan kepada pegawai penyiasat bagi tindakan lanjut.

"Pihak APMM juga sedang mengesan pemilik kedua-dua kapal berkenaan yang berdaftar di Republik Sierra Leone dan siasatan lanjut kes terbabit sedang dilakukan mengikut Akta Pelantar Benua 1966 dan Ordinan Perkapalan Saudagar 1952," katanya menerusi satu kenyataan, di sini, hari ini.

Amran berkata, pihaknya juga akan terus meningkatkan operasi penguatkuasaan bagi membenteras dan menyekat aktiviti jenayah di perairan Melaka dan Negeri Sembilan selain menyeru orang ramai supaya menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah dan kecemasan di laut menerusi Pusat Operasi Maritim Negeri Melaka & Negeri Sembilan di talian 06-3876730 dan MERS 999 yang beroperasi 24 jam. - Bernama

Share This Video


Download

  
Report form