Majlis Bandaraya Petaling Jaya mengklasifikan gereja di Taman Medan, Petaling Jaya yang mendapat liputan meluas selepas kira-kira 50 penduduk sekitar mendesak salib gereja itu diturunkan sebagai tidak sah.
Menurut portal Star Online, yang memetik pegawai perhubungan awam MBPJ, Zainun Zakaria semakan data mendapati tiada permohonan bertulis dari pihak gereja untuk beroperasi di bangunan berkenaan sebagai tempat beribadat.
katanya, gereja di Metro Square PJS2B/3 itu juga tidak mempunyai permit bagi menaikkan salib di bangunan berkenaan.