Najib: Goldman Sachs perlu bertanggungjawab

KiniTV 2019-01-17

Views 110

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Goldman Sachs perlu mengambil tanggungjawab jika ia gagal menjaga kepentingan 1MDB.

"Kita meletakkan satu sistem dan ia wujud untuk menjaga kepentingan kita.

"Jadi jika mereka gagal, mereka patut mengambil tanggungjawab kerana mereka dilantik dan dibayar oleh 1MDB untuk menjaga kepentingan kita," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Masjid Kampung Raja di Cameron Highlands hari ini.

https://www.malaysiakini.com/news/460527

Ia susulan permohonan maaf Ketua Pegawai Eksekutif Goldman Sachs, David Solomon terhadap rakyat Malaysia di atas peranan bekas pegawainya Tim Leissner dalam skandal 1MDB.

Solomon bagaimanapun berkata pihaknya telah melakukan urusan sewajarnya (due dilligence) sebelum setiap transaksi.

Bank pelaburan itu kini sedang disiasat pihak berkuasa Malaysia dan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) atas peranannya sebagai penaja jamin dan pengatur tiga jualan bon yang meraih AS$6.5 bilion untuk 1MDB.

Share This Video


Download

  
Report form