CEO Goldman Sachs mohon maaf pada rakyat Malaysia

KiniTV 2019-01-17

Views 250

Ketua Pegawai Eksekutif Goldman Sachs Inc, David Solomon pada hari Rabu memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana peranan bekas pegawai bank itu Tim Leissner dalam skandal 1MDB tetapi berkata bank itu telah melakukan urusan sewajarnya (due diligence) sebelum setiap transaksi.

Memetik laporan Reuters, Goldman sedang disiasat oleh pihak berkuasa Malaysia dan Jabatan Keadilan AS (DOJ) atas peranannya sebagai penaja jamin dan pengatur tiga jualan bon yang mengumpulkan AS$6.5 bilion untuk 1MDB.

Pendakwa raya AS pada tahun lalu mendakwa dua bekas pegawai Goldman mencuri berbilion ringgit dari 1MDB. Leissner, bekas rakan kongsi Goldman Sachs di Asia, mengaku bersalah terhadap konspirasi untuk penggubahan wang dan melanggar Akta Amalan Rasuah Asing.

Kata Solomon, sangat jelas rakyat Malaysia telah ditipu oleh banyak individu, termasuk anggota tertinggi kerajaan terdahulu.

Salomon berkata Leissner menafikan penglibatan mana-mana pengantara Goldman dalam transaksi dengan 1MDB.

Share This Video


Download

  
Report form