Bila Kelantan tak pernah bayar gaji? Takiyuddin-Lim berbalah

KiniTV 2018-10-22

Views 16.3K

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berasa hairan dengan hasrat Kelantan yang ingin membangunkan sendiri Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bersama Terengganu dan Pahang sedangkan gaji anggota kerajaan negeri pun tidak mampu dibayar.

Dakwaan Lim itu mencetuskan kekecohan di Dewan Rakyat pada sebelah pagi sehingga beberapa ahli parlimen pembangkang menuntut menteri menarik balik kenyataan tersebut.

Lim menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hassan berhubung hasrat kerajaan negeri-negeri Pantai Timur membangunkan sendiri projek ECRL.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari berkata Lim telah memfitnah kerajaan Kelantan kononnya tidak dapat membayar gaji kakitangan.

Dalam satu kenyataan, kata Ahmad Fadhli, Lim begitu berdendam dengan Kelantan yang telah ditadbir oleh PAS sejak sekian lama.

Jelasnya, soalan tambahan yang diajukan Takiyuddin ialah soalan biasa yang tidak mempunyai unsur provokasi.

Share This Video


Download

  
Report form