Setiausaha Agung Bersatu menyangkal dakwaan Dr Mahathir Mohamad bahawa dia pernah menawarkan habuan wang kepada mana-mana Adun Sabah bagi memberikan sokongan kepada Musa Aman.
Bercakap kepada pemberita dalam satu sidang media di Putrajaya, Hamzah sebaliknya mendakwa orang-orang dari kem Dr Mahathir yang membuat tawaran kepada ahli Parlimen Bersatu untuk keluar daripada Perikatan Nasional (PN).
Sementara itu, beliau yakin bahawa calon PN di PRK Dun Slim iaitu Mohd Zaidi Aziz mampu mengalahkan calon bebas dari Pejuang, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi dengan majoriti besar.