'Semangat Musa masih kuat untuk sokong saya, sokong Perikatan Nasional' - Muhyiddin

KiniTV 2020-09-17

Views 1.8K

Perdana menteri Muhyiddin Yassin hari ini menzahirkan penghargaan ke atas kehadiran bekas ketua menteri Sabah, Musa Aman pagi ini yang disifatkannya sebagai satu sokongan kepada Perikatan Nasional.

"Sekarang beliau tidak mahu menjadi calon. Tak apa"

"Tapi semangat Musa masih kuat untuk sokong saya, sokong Perikatan Nasional," kata Muhyiddin dalam satu majlis pertemuan bersama warga peladang, penternak dan nelayan Sabah di Dataran Bagandang, Beaufort pagi ini.

Sebelumnya beliau turut menyatakan penghargaan atas sumbangan Musa dan juga presiden Warisan, Mohd Shafie Apdal atas sumbangan kedua-dua mereka sebagai Ketua Menteri Sabah.

Share This Video


Download

  
Report form