Bekas naib Presiden Amanah, Husam Musa melihat proses semak dan imbang dalam kerajaan Kelantan selepas PRU lalu tidak berlaku, lebih-lebih lagi ketika PAS dan Umno saling bekerjasama.
Malah Ketua Amanah Kota Bharu itu berkata, partinya juga tidak berbuat apa-apa selain tiada individu yang berpengalaman dengan selok-belok pentadbiran kerajaan negeri.