Azmin: DEB, MEB dikaji semula agar semua dapat manfaat

KiniTV 2018-07-24

Views 4K

Kerajaan perlu mengkaji semula Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi memastikan ia memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia dan dilaksanakan berdasarkan keperluan, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

"Dasar yang dilaksanakan oleh BN dan Umno untuk sekian lama perlu dikaji semula. Dasar-dasar perlu dilaksanakan berdasarkan keperluan dan bukannya kaum.

"Kita mahu memastikan dasar (kerajaan) dapat memenuhi permintaan dan aspirasi semua rakyat Malaysia," katanya kepada media di lobi parlimen hari ini.

Semalam, Azmin berkata kerajan mungkin mengkaji semula DEB dan Model Ekonomi Baru (MEB) untuk meneliti sama ada ia masih relevan.

Share This Video


Download

  
Report form