Badan Bertindak Pesawah Malaysia hari ini menghantar memorandum kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menerusi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membantah penswastaan BERNAS.
Pengerusinya, Mohd Fuad Yakub berkata kos bagi mengeluarkan padi semakin hari semakin meningkat sedangkan harga padi tetap tidak berubah.