Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad tidak menolak kemungkinan mengkaji semula keberkesanan undang-undang berkaitan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 ekoran dari pencemaran serius, akibat pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, Johor.
Cadangan untuk mengkaji semula akta berkenaan, berikutan terdapat desakan rakyat yang melihat hukuman terhadap pesalah tidak berat, dan mereka mampu membayar denda yang dikenakan.
Beliau berkata kepada pemberita selepas melawat mangsa-mangsa kejadian itu di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.