Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata kementeriannya bekerjasama rapat dengan kementerian lain terutamanya isu belia, di mana program dahulu ditambah baik dan diteruskan.
Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Paya Besar Mohd Shahar Abdullah berhubung usaha kerajaan bagi mengatasi isu migrasi belia dari luar bandar ke bandar untuk mencari alternatif pekerjaan yang lebih baik.