Ketua Armada BERSATU, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa ada pemimpin Umno pernah menawarkan habuan untuknya bersara daripada politik.
Tanpa menamakan siapa pemimpin tersebut, kata Syed Saddiq, beliau akan mendedahkan bukti cubaan sogokan itu bila tiba waktu Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.
"Saya rasa setiap daripada ahli exco Armada pernah ditawarkan ganjaran di kalangan pemimpin Umno-BN.
"Kalau rasa nak bersara dari politik, boleh. Jumlah duit...(banyak). Saya rela mati daripada jual maruah.
"Saya ditawarkan biasiswa penuh pengajian, wang perbelanjanan bulanan, tawaran kerja, dan juga sebuah rumah di United Kingdom," katanya dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat BERSATU di Petaling Jaya.