Bekas menteri belia dan sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan, tuduhan penyelewengan dana Bersatu ke atasnya tidak akan melemahkannya sebaliknya akan menguatkan semangatnya dalam usaha membanteras rasuah.
Syed Saddiq turut menjelaskan ketika memegang jawatan menteri sebelum ini, beliau merupakan antara menteri yang pertama yang telah melakukan pengisytiharan harta.
Ini katanya, agar Suruhan Pencegahan Rasuah Malaysia boleh membuat perbandingan aset yang dimilikinya sebelum dan selepas menjadi menteri.