Tawaran pada 1,000 pelajar Cina masuk matrikulasi

KiniTV 2018-06-28

Views 19

Kementerian Pendidikan menawarkan 1,000 tempat khas kepada pelajar Cina yang cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada kumpulan berpendapatan rendah B40 ke program matrikulasi sesi 2018/2019.

Menteri Pendidikan Maszlee Malik menegaskan bahawa penambahan tawaran khas kepada pelajar kaum Cina itu tidak akan menjejaskan pengambilan pelajar Bumiputera ke program matrikulasi Kementerian Pendidikan.

Sehingga semalam, katanya tawaran khas itu hampir dipenuhi apabila lebih 800 tempat sudah diisi.

Program matrikulasi KPM merupakan satu program pra universiti yang disediakan kerajaan bagi pelajar Bumiputera untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah pertama dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan, matematik (STEM) profesional.

Pada tahun 2003, program itu memberi ruang sebanyak 10 peratus untuk pelajar bukan Bumiputera bagi tujuan mewujudkan persaingan sihat disamping memantapkan integrasi nasional dan perpaduan kaum.

Bagi sesi 2018/2019, Maszlee berkata sejumlah 84,891 permohonan telah diterima termasuk 20,040 permohonan daripada bukan Bumiputera.

Share This Video


Download

  
Report form