'Saya tetap Cina, bukan masuk Melayu'

KiniTV 2017-06-15

Views 8.6K

Bekas ADUN Titi Serong, Datuk Dr Khalil Idham Lim menjelaskan Islam adalah untuk semua bangsa malah masuk Islam bukan bererti menukar bangsa.

Khalil atau nama Cinanya, Lim Chuan Hing menceritakan situasi ketika menukar tayar kenderaan di mana seorang pemandu lori berbangsa Cina menjawab sapaannya dalam bahasa Mandarin.

"Pagi ini semasa tukar tayar kenderaan pemadu lori berbangsa Cina menjawab sapaan saya dalam bahasa mandarin "pandai ya cakap cina".

"Saya terus menjawab dalam bahasa cina dengan jelaskan kepadanya saya adalah cina dan hanya masuk Islam dan bukannya masuk Melayu. Wajahnya mula nampak lain dan cuma mengiakan apa yang saya cakap," katanya.

Dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Khalil berkata dirinya adalah bangsa Cina dan hanya memeluk Islam, bukannya menukar bangsa kepada Melayu.

Sambil memberi contoh, orang Melayu masih menganggap jika ada bangsa lain yang masuk Islam sama erti dengan masuk Melayu, dan sama juga anggapan orang Cina bahawa jika masuk Islam bererti masuk Melayu.

"Demikianlah sedikit contoh diantara orang Melayu yang masih menganggap kalau ada sahaja bangsa lain masuk Islam di dakwanya masuk Melayu dan sama juga dengan anggapan orang cina bahawa kalau masuk Islam berarti masuk telah Melayu.

"Yang betul Islam adalah untuk semua bangsa. Masuk Islam bukan berarti kita menukar bangsa," katanya.

Khalil kini menetap di Parit Buntar, Perak memegang jawatan Yang DiPertua PAS kawasan Kuala Kangsar, dan pernah menjadi calon Parlimen kawasan itu pada 2013.

Share This Video


Download

  
Report form