Malaysia tidak mampu membentuk kerajaan yang kuat kerana politiknya masih lagi berlegar di sekitar perkauman, kata bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.
Ahli Parlimen Langkawi itu berkata demikian dalam persidangan meja bulat Penjenamaan Semula Naratif Politik Melayu di Seri Kembangan, hari ini.
Pada masa sama Pengerusi Pejuang itu mengakui, kewujudan banyak parti Melayu juga menjejaskan usaha menjayakan agenda Melayu walaupun bangsa itu merupakan penduduk majoriti di negara ini.
Mengulas lanjut Mahathir berkata dalam keadaan sekarang, sesebuah parti politik Melayu juga tidak boleh mencipta kemenangan tanpa mendapat sokongan bukan Melayu.
Sumber: https://www.facebook.com/dialektikatv/videos/581318727004159