Syarikat yang menawarkan untuk menyumbang dua juta dos vaksin Sinovac kepada Pulau Pinang adalah tidak wujud, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin.
Menurut Khairy, pemeriksaan oleh pihaknya menunjukkan syarikat itu tidak wujud.
Semalam dalam satu sidang media, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mendakwa kerajaan persekutuan cuba menyekat usaha negeri itu menerima sumbangan vaksin.
Sumber video: https://www.facebook.com/officialmosti/videos/484424279492943