Johor Darul Ta'zim (JDT) membelasah Terengganu 5-0 pada aksi peringkat kumpulan Piala Malaysia 2017 malam tadi.
Beraksi di hadapan ribuan penyokong sendiri Pasukan Harimau Selatan ternyata cukup ampuh dengan jaringan seawal minit ke-18 menerusi Safawi Rasid.
Pemain pertahanan Fadhli Shas yang telah menjaringkan gol pada dua perlawanan sebelum ini terus mendapat sentuhan gol apabila menambah jaringan pada minit ke-38.
Rakannya S.Kunanlan turut tidak ketinggalan menempatkan nama sebagai penjaring pada minit ke-45 sebelum Hazwan Bakri dan Darren Lok menambah derita Terengganu pada minit ke-48 dan 79.
Kemenangan ini sekaligus melayakkan JDT secara merit untuk ke peringkat suku akhir Piala Malaysia yang berbaki satu lagi perlawanan di peringkat kumpulan.