Hadi Fayyadh Abdul Razak terus mempamerkan karakter seorang penyerang berbisa dengan mencetak gol ketiga dalam aksi kedua Kejuaraaan B-18 AFF 2017 semalam.
Pada aksi menentang Singapura itu, Zafuan Azeman membuka tirai jaringan pada minit ke-58 setelah tiada gol terhasil di babak pertama.
10 minit kemudian, Singapura terus ditekan dengan gol Ammar Akhmall Alias pada minit ke-69 untuk kedudukan 2-0.
Hadi Fayyadh tidak mahu ketinggalan mencatat nama sebagai penjaring menerusi sepakan penalti pada minit ke-89.
Singapura mendapat gol saguhati menerusi Katz Saul Ellison pada minit ke-90.