6:00 petang: Sumpah Pemuda terus gerakkan rakyat untuk lawan

KiniTV 2015-08-07

Views 7

Aktivis mahasiswa Adam Adli meminta peserta bersama-sama mengangkat tangan sebelum membaca sumpah pemuda dengan laungan 'hidup rakyat' dan 'reformasi' terus bergema di sekitar KLCC.

Antara intipati ikrar itu adalah mereka akan terus mengangkat panji pejuagan demi mendepani rejim yang zalim dan mengerakkan rakyat tanpa rasa takut untuk terus lawan, atas nama keberanian, persaudaraan, keadilan dan perjuangan hidup rakyat.

Ketua Jingga 13 Fariz Musa kemudiannya mengumumkan perhimpunan tamat dan mana-mana yang mahu tinggal di KLCC supaya membawa membawa lilin untuk mengadakan nyalaan lilin.

Share This Video


Download

  
Report form