Beribu-ribu penduduk Palestin di Genting Gaza masih tinggal di sekolah tajaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), yang dijadikan pusat perlindungan, walaupun konflik Hamas-Israel sudah berakhir hujung bulan lalu.
Kegansan juga dilaporkan berterusan walaupun jumlahnya kecil. Ahad lalu, seorang remaja Palestin Mohammed Sinokrot, 16 tahun ditembak mati oleh polis sempadan Israel di timur Baitulmuqadis.