Beberapa siri gempa kuat menggoncang South Island, New Zealand menyebabkan dua terbunuh, kata para pegawai negara itu.
Yang pertama dengan kekuatan 7.8 magnitud berlaku selepas tengah malam minggu lalu dekat kawasan penduduk di tepi pantai Kaikoura, kira-kia 93 kilometer timur laut bandar Christchurch.
Ia mencetuskan ombak 2.49 meter atau 8 kaki melebihi paras biasa dan ia adalah paling tinggi pernah disaksikan penduduk negara itu sekurang-kurangnya 30 tahun lalu.