Seorang wanita mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menimbulkan permusuhan dan kebencian di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.
Siti Nuramira Abdullah, 26, didakwa melakukan kesalahan berkenaan semasa membuat persembahan komedi berdiri dengan mengeluarkan kenyataan kontroversi membabitkan agama Islam di Taman Tun Dr Ismail pada minggu lalu.