Isu perkauman di media sosial semakin berleluasa namun ia dilakukan oleh individu yang menyalahgunakan medium itu dengan mencipta akaun palsu bagi mencetuskan perbalahan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial), Senator P Waytha Moorthy, berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) memandang serius isu perkauman yang dicetuskan oleh pihak tidak bertanggungjawab berkenaan.
Justeru, katanya, segala tohmahan yang dilemparkan individu berkenaan di media sosial terhadap kaum lain akan dikenakan tindakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan disiasat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM). eliau berkata, tindakan sesetengah ahli politik yang menjadikan isu perkauman sebagai modal politik mereka turut menjadi punca keretakan hubungan sesama kaum di negara ini.
“Di peringkat akar umbi sebenarnya masyarakat Malaysia bersatu padu... cuma masalah utamanya adalah isu yang dibangkitkan ahli politik sendiri untuk kepentingan politik mereka