Video 'parti', UITM nafi pelajar terlibat dadah, alkohol

KiniTV 2016-01-27

Views 3.1K

Universiti Teknologi Mara (UiTM) menafikan video program kendalian universiti itu di Melaka yang mendakwa pelajarnya berada di bawah pengaruh alkohol dan dadah.

Prof Ir Dr Abdul Rahman Omaryang merupakan pemangku Naib Cancelor UiTM, berkata program tahunan anjuran persatuan pelajar itu mendapat kebenaran daripada Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka serta dikawal selia sepenuhnya oleh pensyarah fakulti tersebut dan Polis Bantuan UiTM Melaka.

Rakaman program itu tersebar luas di media sosial beberapa hari lepas dan kebanyakkan para pelayar internet mengatakan mungkin terdapat salah guna dadah dan alkohol berdasarkan rakaman tersebut.

Share This Video


Download

  
Report form