Pelajar UiTM Sabah , Mohd Fathihie Gadius dikenakan 11 tuduhan kerana menaikkan status di Facebook yang mengkritik universiti serta menyatakan sokongannya terhadap persatuan lain di institusi pengajian tinggi tersebut.
Selain itu, pertuduhan juga dikenakan kepada Fathihie kerana terlibat dengan beberapa demonstrasi pelajar di UMS kampus antarabangsa Labuan. Sehubungan itu, beliau telah dikenakan amaran oleh pihak UiTM Sabah.