Jawatankuasa Disiplin Maktab telah menamatkan pengajian 10 pelajar MRSM Kuala Kangsar yang terlibat dalam kes buli baru-baru ini.
Ketua Pengarah MARA, Azhar Abdul Manaf berkata, kes tersebut telah diteliti dan keputusan menamatkan pengajian pelajar terbabit berkuat kuasa hari ini.