Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli hari ini membuat laporan di Balai Polis Bandar Utama ke atas penulis blog Papogomo kerana didakwa berbohong kepada mahkamah.
Katanya, Papogomo pada perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 27 Januari lalu menafikan beliau ada bersama dalam kapal selam Scorpene.
Namun menurutnya, Khamis lalu, Kementerian Pertahanan memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa seseorang individu dengan nama Wan Muhammad Azri Wan Deris menaiki kapal selam Scorpene pada 9 Disember 2011 bersama anggota media.