DAP hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) ke atas Pengarah Komunikasi Strategik BN Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berhubung wawancaranya yang diterbitkan dalam The Star Online pada 16 Ogos lalu.
Menurut pengerusi biro undang-undang DAP Gobind Singh Deo ia berhubung sebuah artikel di mana Abdul Rahman didakwa berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terpaksa mengeluarkan seseorang berhubung dakwaan kertas pertuduhan terhadap dirinya.